Powered By Blogger

Selasa, 15 Disember 2009

Itik masak merah bermadu



Bahan-bahan

* Itik yang telah dipotong mengikut citarasa masing-masing, aku potong dia bagi lebih kurang satu inci tebal supaya senang digoreng nanti.
* Bawang merah dan putih diricik (untuk tumisan)
* Cili giling/boh
* Madu
* Kacang pis
* Sos tomato
* Halia lebih kurang seinci di ricik
* Garam/gula/kunyit
* Minyak
* Air
* Bawang dipotong bulat untuk hiasan

Cara-cara

1. Garam dan kunyitkan itik yang telah dipotong dan dicuci bersih. Kemudian goreng itik sehingga separa garing.
2. Tumis bawang merah dan putih serta halia yang telah diricik tadi. Kemudian masukkan cili giling/boh dan tumis sehingga garing.
3. Tambah madu selepas itu, kemudian gaul sehingga warna cili tadi bertukar menjadi merah gelap.
4. Tambah itik yang telah digoreng tadi, kemudian tambah sos tomato sedikit serta air.
5. Masak sehingga itik sebati dan kuah menjadi pekat. Masukkan kacang pis selepas itu. Kemudian tambah bawang yang dipotong bulat tadi. Selepas itu boleh di tutup air dan dihidangkan semasa sedang panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan