Powered By Blogger

Selasa, 15 Disember 2009

Burger King




Bahannya, dari resepi rorupan utk breadmaker : ( menghasilkan 5 buku roti burger )

1 s/k dry yis(3 gm)
2 s/b gula
200 gm tepung
1 s/k garam
1 s/b tepung susu
20 gm butter
1/2 biji telur
95 ml air suam

Caranya:
Ikut langkah seperti menguli roti,...cuma masa nak bentuk tuh bahagi 5 bahagian sama byk dan bentuk macam pau tapi smooth atasnya ...tunggu la kembang sekali ganda...pastu spray ngan air kat atasnya dan taburkan bijan n then bakar pada suhu 200 darjah lebihkurang 20 minit rasanya

Chicken Chop special in k.l




bahan
2 keping dada ayam [buangkan tulang dan hiriskan besar tapi nipis]
1 s/k sos MAGGI Seasoning
1 biji putih telur
2 s/b tepung jagung
3 s/b minyak

bahan tumbuk halus
2 cm halia
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Cara
1. Perapkan ayam dengan bahan yang ditumbuk halus bersama sos MAGGI Seasoning selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam non-stik pan.
3. Cucukkan ayam dengan garfu dan celupkan dalam putih telur yg telah dipukul.
4. Golekkan ayam dalam tepung jagung.
5. Gorengkan dengan api sederhana sehingga warna keemasan.
6. Angkat ayam dan letakkan dalam pinggan bersana kentang goreng dan salad dan juga sosnya.

Sos Lada Hitam

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

Itik masak merah bermadu



Bahan-bahan

* Itik yang telah dipotong mengikut citarasa masing-masing, aku potong dia bagi lebih kurang satu inci tebal supaya senang digoreng nanti.
* Bawang merah dan putih diricik (untuk tumisan)
* Cili giling/boh
* Madu
* Kacang pis
* Sos tomato
* Halia lebih kurang seinci di ricik
* Garam/gula/kunyit
* Minyak
* Air
* Bawang dipotong bulat untuk hiasan

Cara-cara

1. Garam dan kunyitkan itik yang telah dipotong dan dicuci bersih. Kemudian goreng itik sehingga separa garing.
2. Tumis bawang merah dan putih serta halia yang telah diricik tadi. Kemudian masukkan cili giling/boh dan tumis sehingga garing.
3. Tambah madu selepas itu, kemudian gaul sehingga warna cili tadi bertukar menjadi merah gelap.
4. Tambah itik yang telah digoreng tadi, kemudian tambah sos tomato sedikit serta air.
5. Masak sehingga itik sebati dan kuah menjadi pekat. Masukkan kacang pis selepas itu. Kemudian tambah bawang yang dipotong bulat tadi. Selepas itu boleh di tutup air dan dihidangkan semasa sedang panas.

sushi




Bahan-bahan untuk sushi:
Beras sushi
Air
Cuka putih
Gula
Garam
Seaweed
Mayonis
Crab stick
Timun (potong memanjang)
Carrot (potong memanjang)
Bamboo mat


Cara:
1. Masak beras sushi ikut arahan yang ditulis pada bungkusan beras.
2. Kacau gula dan garam dalam cuka sampai larut. Bila nasi dah masak gaulkan larutan tadi dalam nasi. Ketepikan.

3. Letak sekeping seaweed atas mat.. bahagian yang berkilat menghala ke bawah. Ratakan mayonis di atas seaweed tadi.
4. Senduk nasi dan ratakan atas seaweed, tinggalkan 1 inci seaweed di bahagian luar. Ini adalah untuk mengelakkan lebihan nasi terkeluar semasa menggulung sushi.
5. Susun carrot, timun dan crab stick atas lapisan nasi di bahagian dalam.
6. Gulung mat dan sushi.
7. Potong sushi dengan menggunakan pisau yang tajam.

Sabtu, 12 Disember 2009

Chicken Chop




Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin.
Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi.
Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam.
Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam.
Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.
Masakkan sos selama satu minit.
Hidangkan.

Ayam goreng tepung




Bahan :
- 1 ekor ayam, potong 16 bagian -
- 1 sdt air jeruk lemon -
- 2 sdt garam -
- 1 sdt merica bubuk -
- 1 sdm kecap inggris -
- Air es untuk pencelup -
- Minyak untuk menggoreng -

Bahan pelapis :
- 200 gram tepung terigu -
- 1/2 sdt merica bubuk -
- 1/2 sdt garam -
- 2 sdt baking powder -
- 1 sdm tepung beras -
- 1 sdm tepung sagu -
- 1/2 sdt kaldu ayam bubuk -

Cara membuat :
1. Aduk rata ayam, air jeruk lemon, garam, merica bubuk dan kecap inggris. Simpan 30 menit dalam lemari es.
2. Ayak bahan pelapis.
3. Gulingkan ayam di bahan pelapis. Celup ke air es.
4. Gulingkan lagi ke bahan pelapis sambil diangkat-angkat.
5. Celup lagi ke air es. Gulingkan lagi di bahan pelapis.
6. Goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan sampai matang dan kering.

Untuk 16 potong

Jumaat, 11 Disember 2009

burger sosej..




sosej ni rasanya tak payah kasi resepi la..semua orang pandai buat kannnnn..
huhu~ tapi memang kegemaran sume pown an.. sue pown suke gak..hahha~

Isnin, 7 Disember 2009

Hidangan Pasta....


PASTA TUNA TOMATO


BAHAN-BAHAN:
250gm pasta ( ikut suka... )
2 biji tomato segar yang ranum, dadukan
120ml tuna chunk in olive oil
1 biji bawang besar, dicincang
3 biji bawang putih, dicincang
2 tsp lada hitam kisar
2 tangkai daun ketumbar, dicincang
1 tsp oregano
1 tsp parsley
1 tsp basil
1 tbs sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Sedikit Minyak Zaitun untuk menumis

CARA-CARA:

1. Rebus pasta sehingga lembut. Toskan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan tomato segar. Kacau hingga layu dan lembut.
4. Masukkan tuna chunks dan bahan-bahan yang lain.
5. Setelah semuanya sebati, masukkan pasta.
6. Kacau sekadar rata. Hidangkan.